Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Gempa kuat gegar bandar NZ

    WELLINGTON, 15 FEB – Ibu kota New Zealand, Wellington digegarkan oleh gempa bumi kuat hari ini, dengan penduduk melaporkan merasakan gegaran tiba-tiba dengan bangunan bergegar.

    Jabatan Geologi AS (USGS) berkata gempa itu berukuran 5.7 skala magnitud, dengan pusat gempa di Selat Cook antara dua pulau utama negara itu.

    “Berlaku gegaran besar di sana! Satu magnitud 6.0, 57km dalam, 50km utara-barat Paraparaumu telah dirasai secara meluas di North Island,” kata agensi Pertahanan Awam New Zealand.

    Tiada laporan mengenai kerosakan dan tiada amaran tsunami dikeluarkan.

    Tetapi penduduk melaporkan merasakan tanah bergegar sekitar 10-20 saat, menyamakannya seperti gegaran konvoi trak besar melintas.

    Gempa itu berlaku ketika pembersihan sedang dijalankan akibat taufan dahsyat, yang membunuh empat orang dan menyebabkan kerosakan yang meluas di seluruh North Island.

    “Hari tersebut sudah menjadi masa yang sangat tertekan bagi orang ramai – jaga diri awda dan orang di sekeliling awda,” kata agensi pertahanan awam itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...