Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Naturgy Sepanyol raih keuntungan daripada harga gas tinggi

    MADRID, 15 FEB – Firma kuasa Naturgy Sepanyol berkata hari ini, keuntungan bersih 2022 melonjak berikutan kenaikan harga gas, membolehkannya mengurangkan hutangnya.

    Syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih tahunan sebanyak 1.65 bilion euro (AS$1.8 bilion), meningkat daripada 1.21 bilion pada 2021 dan lebih tinggi daripada ramalan penganalisis yang ditinjau oleh firma data kewangan FactSet.

    Naturgy, pembekal gas utama Sepanyol, berkata keputusan itu mencerminkan peningkatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam kedua-dua pasaran gas dan elektrik, yang telah diburukkan lagi oleh konflik Rusia-Ukraine yang berterusan.

    Penghentian penghantaran gas Rusia ke Eropah mendorong harga ke paras rekod tahun lalu yang telah membantu meningkatkan pendapatan syarikat minyak dan gas di seluruh dunia.

    Minyak mentah Brent mencecah AS$140 setong Mac lalu dan harga gas Eropah melonjak sebanyak faktor 15 semasa musim panas untuk mencecah 350 euro setiap megawatt jam, tetapi ia telah jatuh mendadak sejak itu.

    Lonjakan harga tenaga secara mekanikal mendorong keuntungan lebih tinggi tanpa firma tenaga perlu melabur dalam lebih banyak pengeluaran atau mengurangkan kos.

    Naturgy berkata pendapa-tan yang lebih tinggi telah membolehkannya mengurangkan hutang bersihnya kepada 12.1 bilion euro pada akhir tahun daripada 12.8 bilion pada akhir 2021.

    Ia juga membolehkan syari-kat itu membuat pelaburan sebanyak 1.9 bilion euro pada tahun lepas, 70 peratus daripadanya dalam tenaga boleh diperbaharui. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...