Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    3 pelanggan BIBD menang peti sejuk

    Oleh Salawati Haji Yahya –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Tiga pelanggan bertuah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) membawa pulang hadiah menarik, hari ini, selaku pemenang cabutan bulanan pertama Kempen Pembiayaan Rumah.
     
    Dayang Maslinda binti Burut @ Pungut, Dayang Amal Atiqah binti Mohammad Jefri dan Dayang Noor Izma binti Haji Suhaili masing-masing memenangi peti sejuk jenama SMEG retro, keseluruhannya bernilai sehingga $10,000.
     
    Majlis penyampaian hadiah berlangsung di Pusat Pembiayaan Rumah di BIBD Cawangan Kiulap di mana hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Agensi Hartanah BIBD, Hajah Suhana binti Haji Suaji.
     
    Manakala itu, untuk cabutan bulanan kedua, tiga pemenang akan membawa pulang perabot ruang tamu bernilai sehingga $10,000 keseluruhannya, dan dalam cabutan bulanan terakhir, tiga pemenang akan memenangi perabot bilik tidur juga bernilai sehingga $10,000 keseluruhannya.
     
    Selain itu, 15 pemohon pembiayaan rumah pertama yang berjaya juga diberikan ganjaran dengan baucar pembersihan rumah bernilai sehingga $388.
     
    Kempen bermula pada pertengahan Oktober lalu dan akan berjalan hingga lewat Januari 2024.
     
    Hajah Suhana menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    ATAS & BAWAH: Dua lagi pemenang dalam cabutan bulan pertama Kempen Pembiayaan Rumah BIBD. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    GAMBAR SERAHAN BIBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...