Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Doakan kelancaran Jambori Nasional ke-5 Brunei Darussalam

    Oleh Syahmi Hassan –

    TUTONG, 1 DIS – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), baru-baru ini, telah menganjurkan solat Sunat Hajat bagi memohon kemudahan dan perlindungan pelaksanaan Jambori Nasional ke-5 Brunei Darussalam yang akan diadakan pada 2 hingga 7 Disember.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong itu ialah Yang Di-Pertua PPNBD, Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas. Turut hadir ialah Ketua Pesuruhjaya, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali.

    Atur cara telah dimulakan dengan solat Fardu Zohor berjemaah, diikuti oleh solat Sunat Hajat, bacaan Surah Yasin dan doa khas bagi memohon kemudahan dan perlindungan sepanjang pelaksanaan jambori.

    Jambori berkenaan merupakan kegiatan perkhemahan yang dihasratkan mengumpulkan ahli-ahli pengakap dari dalam dan luar negara.

    Peserta-peserta akan mengikuti kegiatan luar seperti kemahiran pengakap, mengembara, kegiatan kebudayaan, kerja kemasyarakatan dan lawatan.

    Jambori akan diadakan di Bukit Bendera berhampiran dengan Kompleks Sukan Daerah Tutong dan Ibu Pejabat Persatuan Pengakap Daerah Tutong.

    Solat Sunat Hajat yang diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PPNBD
    Gambar ramai ahli-ahli PPNBD yang hadir pada majlis keagamaan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PPNBD

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...