Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lawatan sambil kenali visi Jabatan Penerangan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Seramai 19 orang pelajar dan lima orang guru Sekolah Menengah Sayyidina Husain, Jerudong, baru-baru ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

    Rombongan yang diketuai oleh Pegawai Pendidikan selaku Ketua Bahagian Business dan Technology Education Council, Dayang Nursyifaa’khairunnissa binti Haji Rosli telah dialu-alukan oleh Ketua Unit Perhubungan Korporat, Dayang Noriah binti Haji Abdul Hamid dan pegawai-pegawai Jabatan Penerangan.

    Dalam taklimat ringkas mengenai Jabatan Penerangan, beliau antara lain menyentuh visi jabatan iaitu membudayakan masyarakat bermaklumat dan misinya sebagai peneraju penyebaran maklumat rasmi yang sahih secara efektif, inovatif dan berintegeriti dalam mengukuhkan semangat kenegaraan ke arah perpaduan bangsa dan negara.

    Manakala itu, taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 telah disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri, Hajah Siti Khadijah binti Dato Paduka Seri Haji Abdul Rahman yang mengongsikan tiga matlamat Wawasan 2035 iaitu rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya; kualiti kehidupan rakyat yang tinggi dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

    Rombongan juga berpeluang mendengar taklimat bertajuk Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Hajah Noorhijrah binti Haji Idris

    Lawatan diakhiri dengan mengunjungi Bahagian Pelita Brunei dan Galeri Lentera Makmur yang merupakan nilai tambah kepada platform penyebaran maklumat yang sedia ada untuk menyalurkan maklumat dasar dan aktiviti sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan kepada seluruh lapisan masyarakat tidak mengira di bandar atau pendalaman dalam usahanya untuk membudayakan masyarakat bermaklumat.

    Hajah Noorhijrah menyampaikan taklimat kepada rombongan yang melawat Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama, Berakas. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...