Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ke arah majukan wawasan Brunei 2035

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Sebagai komitmen dan usaha berterusan bagi memupuk jurutera generasi seterusnya, Brunei LNG Sdn Bhd telah menubuhkan hubungan kerjasama saling bermanfaat dengan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).

    Sehingga hari ini, seramai 55 orang individu dari IBTE telah berkhidmat dengan Brunei LNG dan beberapa orang profesional HNTech telah menyertai Brunei LNG sebagai kakitangan berpengalaman dari pelbagai syarikat.

    Kolaborasi itu menunjukkan komitmen Brunei LNG kepada matlamat yang digariskan dalam Wawasan Brunei 2035, matlamat 1 iaitu warga yang berjaya, berkemahiran tinggi dan berpendidikan.

    Perkara itu dijelaskan oleh Pemangku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG, Hajah Melissa bin Haji Zainal Abidin dalam ucapannya pada majlis penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) antara IBTE dan Brunei LNG yang berlangsung di Empire Brunei, hari ini.

    Beliau menyatakan bahawa penandatanganan MoU dengan IBTE merupakan langkah penting dalam memajukan wawasan Brunei 2035.

    “Selain daripada memberikan peluang pekerjaan, kerjasama kami juga memfokuskan kepada penyertaan aktif sebagai Jawatankuasa Penilai dan Pembangunan Program (PDEC) dan menyelaraskan kurikulum dengan keperluan industri.

    “Kami menjangkakan akan memberikan manfaat kepada lebih daripada 700 orang pelajar dan juruteknik menjelang 2035, membentuk tenaga kerja mahir bagi industri tenaga Brunei.”

    Hajah Melissa berkata, “Ini menegaskan komitmen kami bagi mengekalkan dan meningkatkan perkongsian kami yang berjaya, menyumbang kepada kemajuan negara kita melangkaui 2035.

    “Kami berterima kasih kepada IBTE atas kepercayaan mereka dan menantikan masa depan yang menarik bersama-sama di Brunei LNG.”

    Hajah Melissa ketika menyampaikan ucapan pada majlis penandatanganan MoU antara IBTE dan Brunei LNG yang berlangsung di Empire Brunei. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...