Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Guru mati ditikam pelajar

    SAINT-JEAN-DE-LUZ , PERANCIS, 22 FEB – Seorang guru maut ditikam oleh seorang pelajar, ketika mangsa sedang mengajar di sebuah sekolah menengah di barat daya Perancis, hari ini.

    Guru berumur 50an itu sedang mengajar bahasa Sepanyol di dalam sebuah kelas sebelum pelajar terbabit didakwa menyerangnya dengan menggunakan sebilah pisau.

    Susulan itu, mangsa segera diberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian.

    Pendakwa Raya Bayonne, Jerome Bourrier memberitahu AFP, guru wanita itu bagaimanapun meninggal dunia akibat cedera parah, manakala pelajar terbabit berjaya ditahan.

    Akhbar tempatan, Sud Ouest, melaporkan pelajar lelaki berumur 16 tahun itu didakwa menyerbu masuk ke kelas berkenaan sambil memegang sebilah pisau sebelum menyerang mangsa. – AFP

    Pegawai polis berjaga di pintu masuk ke sekolah menengah Saint-Thomas d’Aquin di mana seorang guru mati ditikam oleh seorang pelajar di Saint-Jean-de-Luz, barat daya Perancis, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...