Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    3 tentera AS terbunuh dalam serangan dron jordan

    WASHINGTON, 29 JAN – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyalahkan kumpulan bersenjata yang disokong Iran atas kematian tiga tentera negara itu dalam serangan dron di timur laut Jordan berhampiran sempadan Syria kelmarin, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Biden menyifatkan serangan itu sebagai keji dan tidak adil serta berikrar untuk menghukum pihak yang bertanggungjawab.

    Sementara itu di Baghdad, Xinhua melaporkan bahawa kumpulan bersenjata Syiah Iraq telah mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan dron ke atas tiga pangkalan AS di Syria dan kemudahan tentera laut di Israel.

    Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata pejuangnya melancarkan dron sarat bahan letupan di tiga pangkalan tentera AS di Syria, termasuk pangkalan al-Shaddadi, pangkalan al-Tanf dan kem tentera Rukban berhampiran sempadan Syria dengan Iraq dan Jordan. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...