Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Nestle akui rawat beberapa air mineral

    PARIS, 29 JAN – Penjual air botol terkemuka di dunia, Nestle Waters, menggunakan rawatan ‘keselamatan makanan’ yang melanggar undang-undang Perancis, kata syarikat itu kepada AFP hari ini.

    Syarikat tersebut mengatakan bahawa ia telah menjalankan beberapa jenama air, seperti Perrier dan Vittel, melalui cahaya ultraungu (UV) dan penapis karbon aktif ‘untuk menjamin keselamatan makanan’, mengesahkan laporan awal daripada surat khabar bisnes, Les Echos.

    Nestle mengakui bahawa ia ‘mungkin terlepas pandang mengenai kepentingan mematuhi peraturan tempatan’ tetapi semua jenama yang terlibat kini memenuhi keperluan Perancis.

    Syarikat tersebut berkata ia telah memberitahu pihak berkuasa Perancis pada 2021.

    Walau bagaimanapun, Nestle tidak segera menjelaskan bila ia berhenti merawat air yang dijual di bawah jenama Perrier, Vittel, Hepar dan Contrex.

    Undang-undang Perancis melarang sebarang rawatan disinfektan terhadap air mineral, yang sepatutnya selamat untuk diminum apabila ia keluar dari sumbernya.

    Air paip, sebaliknya, dibasmi kuman sebelum dikelaskan sebagai boleh diminum.

    Nestle berkata terdapat ‘perubahan dalam persekitaran sekitar sumber-sumber airnya, yang kadangkala boleh menyukarkan untuk mengekalkan kestabilan ciri-ciri penting’ di dalam air iaitu ketiadaan pencemaran dan komposisi mineral. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...