Tuesday, April 30, 2024
32.5 C
Brunei

    -

    3,000 banduan terima pengampunan sempena tahun baharu Myanmar

    YANGON, 17 APRIL – Majlis Pentadbiran Negara Myanmar memberikan pengampunan kepada lebih 3,000 banduan pada hari pertama tahun baharu Myanmar, hari ini.

    Antaranya ialah 3,303 warga Myanmar dan 36 banduan asing, termasuk 13 warga Indonesia dan 15 warga Sri Lanka, kata majlis itu.

    Pengampunan itu menandakan perayaan tahun baharu Myanmar, membawa kegembiraan kepada rakyat dan menantikan hubungan positif dengan negara masing-masing, sementara menangani isu kemanusiaan, katanya.

    Dalam perintah pengampunan berasingan, majlis mengurangkan hukuman sebanyak satu perenam untuk beberapa banduan yang dipenjarakan di seluruh negara Asia Tenggara.

    Sudah menjadi kebiasaan bagi Myanmar untuk memberikan pengampunan kepada banduan setiap tahun semasa menyambut tahun baharu tradisional berkenaan.
    Tahun lalu, lebih 3,000 banduan dibebaskan pada hari tahun baharu Myanmar. – Xinhua

    Saudara-mara berkumpul di sekeliling bas yang membawa banduan yang diberi pengampunan dari penjara Insein sempena Tahun Baharu Myanmar di Yangon pada 17 April 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...