Wednesday, May 1, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    PBB rayu bantuan AS$2.8 bilion untuk penduduk Palestin

    AMERIKA SYARIKAT, 17 APRIL – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini melancarkan rayuan sumbangan AS$2.8 bilion tahun ini untuk membantu penduduk Semenanjung Gaza yang dilanda peperangan serta rakyat Palestin di Tebing Barat, kata seorang pegawai kanan agensi.

    ‘Rayuan kilat’ itu bertujuan memenuhi ke-perluan pembiayaan kemanusiaan hingga akhir 2024, menurut ketua Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan di wilayah Palestin, Andrea De Domenico.

    “Bersama seluruh komuniti kemanusiaan, kami akan merayu AS$2.8 bilion untuk menyokong 3 juta penduduk yang dikenal pasti di seluruh Tebing Barat dan Gaza,” katanya pada sidang media video kelmarin.

    “Sudah tentu 90 peratus daripadanya adalah untuk Gaza,” tambah De Domenico.

    Beliau berkata ‘permintaan asal adalah AS$4 bilion tetapi memandangkan keupayaan terhad untuk menyampaikan (bantuan) dan kerja yang perlu kami lakukan jadi kami telah menumpukan pada yang paling utama.’

    Beberapa hari selepas serangan Hamas yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel pada 7 Oktober dan permulaan serangan Israel di Gaza sebagai tindakan balas, PBB telah melancarkan rayuan kecemasan awal sebanyak AS$294 juta.

    Rayuan itu telah dikemas kini pada awal November dan dinaikkan kepada AS$1.2 bilion untuk memenuhi keperluan 2.2 juta orang di Gaza dan 500,000 lagi di Tebing Barat pada 2023.

    PBB telah memberi amaran beribu-ribu penduduk Gaza menghadapi kebuluran, terutamanya di utara wilayah di mana pengagihan makanan dan bantuan telah dihadkan. – AFP

    Gambar fail bertarikh 21 Disember 2023 menunjukkan penduduk Palestin beratur untuk mendapatkan makanan di Rafah, Semenanjung Gaza. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...