Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    31 pelajar program Balai Talaqqi terima sijil

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Seramai 31 pelajar program Balai Talaqqi yang berjaya mengkhatamkan pembacaan dua buah kitab kuning secara bertalaqqi telah menerima sijil yang diadakan di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), kelmarin.

    Program berkenaan dibahagikan kepada dua daurah, bagi pengajian dua buah kitab, Kitab Ayyuhal Walad dan Kitab Kharidah Bahiyyah, telah bermula pada bulan Januari yang lalu dan mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk menghabiskan.

    Pada program itu daurah bagi pembacaan Kitab Ayyuhal Walad karangan Imam Al-Ghazali disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Usuluddin, UNISSA, Dr Ahmad Baha bin Mokhtar.

    Manakala pembacaan bertalaqqi bagi Kitab Kharidah Bahiyyah karangan Imam Ahmad Ad-Dardir dalam Ilmu Kalam atau Aqidah disampaikan oleh Awang Ahmad Ahyad bin Haji Amynoor.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

    Seramai 60 peserta yang mengikuti daurah tersebut terdiri daripada pelbagai pusat pengajian tinggi, antaranya Program Diploma Tertinggi Aliyah Qiraat, Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan ,Universiti Brunei Darussalam, Kolej Cosmopolitan,Kolej IGS dan sebahagian besar peserta ialah daripada mahasiswa-mahasiswi UNISSA.

    Antara objektif utama program Balai Talaqqi adalah untuk menghidupkan kembali tradisi masyarakat Brunei melalui talaqqi ilmu di balai-balai pengajian serta melahirkan lebih ramai anak-anak tempatan yang berkemahiran dalam pembacaan dan pengajaran kitab-kitab turath. Program Balai Talaqqi itu seterusnya bakal menjalankan tiga daurah pada awal bulan Ogos.

    Para peserta program yang telah menerima sijil bergambar ramai semasa acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...