Tuesday, October 1, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    32 ahli PERBEKAL lawat BKISHHB

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Seramai 32 orang ahli Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) baru-baru ini telah melawat Galeri Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebagai kesinambungan sempena sambutan Maulidur Rasul.

    Lawatan unik dan menarik terutama di Galeri khas koleksi peninggalan zaman Rasulullah SAW di mana para ahli PERBEKAL berpeluang berselawat dengan penuh rasa keinsafan dan kesedaran atas perjuangan Rasulullah SAW.

    Rombongan berkenaan diketuai oleh Yang Dipertua PERBEKAL Pg Hj Nordin bin Pg Hj Mahmud sementara Dikir selawat dibimbing oleh Pengerusi Tetap Haji Zakaria bin Hj Liman.

    Turut serta dalam rombongan ialah Pengerusi Berterusan Pg Jofri bin Pg Hj Zaidi. Timbalan Yang Dipertua Pg Mahari bin Pg Hj Md Tahir dan Naib Yang Dipertua Siti Seriana binti Hj Mohd Yusof.

    Atas & Bawah: Gambar ramai ahli rombongan semasa lawatan berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda