Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    35 wanita pulang dari majlis perkahwinan diculik

    KANO, 5 FEB – Sekurang-kurangnya 35 wanita hilang selepas penculik menahan tetamu yang pulang dari majlis perkahwinan di barat laut Nigeria, kata pegawai kepada AFP hari ini.

    Penculikan beramai-ramai di negeri Katsina adalah yang terbesar dalam siri penculikan baru-baru ini di negara yang mempunyai paling ramai penduduk di Afrika itu.

    Jurucakap polis, Abubakar Aliyu berkata ‘penyamun bersenjata yang disyaki menyerang hendap dan menculik kira-kira 35 wanita’ yang pulang dari majlis perkahwinan di kawasan Sabuwa pada malam Khamis.

    Pesuruhjaya keselamatan dalam negeri, Nasiru Muaz memberi angka yang lebih tinggi, berkata lebih 50 orang ditahan dalam perjalanan pulang ke kampung Damari selepas mengiringi pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki.

    “Pegawai melawat kampung itu dan diberitahu 53 orang telah diculik,” katanya. “Agak berisiko untuk konvoi yang membawa pengantin perempuan memandu dalam gelap di kawasan yang terdedah kepada penyamun sambil menyanyi dan bersorak-sorak.

    “Penyamun merebut peluang itu dan membawa mereka pergi,” katanya.

    Pesuruhjaya menasihatkan penduduk supaya mengelakkan daripada melakukan perjalanan pada waktu malam dan berkata anggota keselamatan sedang berusaha mencari dan menyelamatkan tahanan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...