HANOI, 3 OKT – Vietnam melaporkan 36 gempa bumi dengan magnitud antara 2.5 dan 4.0 pada September, agensi berita Vietnam memetik statistik Institut Geofizik di bawah Akademi Sains dan Teknologi Vietnam, kelmarin.
Antaranya 32 gempa bumi berlaku tersebut berlaku di daerah Kon Plong, wilayah Tanah Tinggi Tengah Kon Tum.
Kekerapan gempa bumi pada September mewakili penurunan ketara berbanding bulan sebelumnya, dengan 59 gempa bumi lebih sedikit berbanding Ogos dan 46 lebih sedikit berbanding Julai, kata laporan itu.
Pengarah institut itu, Nguyen Xuan Anh berkata gempa bumi tersebut adalah disebabkan oleh proses penyimpanan air takungan kuasa hidro, yang menjejaskan garisan sesar aktif asas.
Menurut institut itu, Vietnam telah melaporkan 353 gempa bumi kecil sejak awal tahun ini, 98 peratus daripadanya berada di daerah Kon Plong. – Xinhua
