Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    4 pegawai dipecat, hampir AS$60 juta ditemui dalam akaun bank

    BANGKOK, 6 DIS – Empat pegawai Thailand telah dipecat selepas pihak berkuasa mendapati lebih dua bilion baht (AS$57 juta) dalam akaun bank mereka, dengan penyiasat menggelar kumpulan itu sebagai ‘kaya luar biasa’.

    Rasuah berleluasa di kerajaan Asia Tenggara itu, dengan pegawai sering dituduh menerima rasuah kecil dan bayaran, tetapi jumlah sebesar ini jarang berlaku.

    Kira-kira AS$57 juta itu ditemui dalam beberapa akaun yang dipegang oleh tiga wanita dan seorang lelaki yang bekerja di Jabatan Hasil di wilayah Samut Prakhan berhampiran ibu kota Bangkok.

    Suruhanjaya Anti-Rasuah Kebangsaan Thailand (NACC) telah merujuk kes itu kepada pejabat peguam negara dan meminta supaya Mahkamah Jenayah Rasuah turut menyiasat.

    Keempat-empat mereka memiliki “kekayaan luar biasa”, kata Sornchai Chuwichian, penolong setiausaha agung dan timbalan jurucakap NACC.

    Harta mereka yang disenaraikan termasuk deposit bank tidak sepadan dengan pendapatan kerajaan mereka, kata Sornchai dalam satu kenyataan NACC baru-baru ini.

    Tiada siapa yang dapat menjelaskan sumber wang itu, kata Sornchai.

    Lelaki itu, Danai Damrongchaiyothin, mempunyai 1.1 bilion baht (AS$31 juta) dalam tujuh akaun, manakala seorang daripada wanita itu mempunyai lebih daripada 500 juta baht (AS$14 juta) dalam lima akaun.

    Gaji permulaan bagi seorang pegawai hasil adalah kurang daripada AS$450 sebulan.

    Keempat-empat mereka telah dipecat daripada jawatan kerajaan mereka, menurut kenyataan NACC. Ia tidak menyebut sama ada mereka telah didakwa atau ditangkap. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...