Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut ke dalam tentera Rusia, beberapa hari selepas pihak berkuasa Nepal mengesahkan kematian enam orang warganya yang bertempur untuk Moscow.

    Nepal melarang warganya daripada menyertai tentera asing, kecuali dengan negara yang mempunyai perjanjian khusus.

    Mereka yang ditahan disyaki telah mendapatkan beberapa dokumen dan menguruskan visa untuk menghantar orang ke Rusia melalui India dan Emiriah Arab Bersatu, mengikut keterangan jurucakap polis daerah Nepal, Kumud Dhungel.

    “Kemudian mereka direkrut ke dalam tentera,” katanya kepada AFP.

    “Belum jelas berapa ramai yang telah dihantar dengan cara ini tetapi siasatan sedang dijalankan.”

    Dhungel berkata mereka yang dihantar ke Rusia dikenakan bayaran sehingga AS$8,500 setiap orang oleh pihak broker.

    Nepal mengumumkan pada Isnin lalu enam warganya telah terbunuh semasa berkhidmat sebagai askar upahan dalam tentera Rusia dan seorang lagi ditawan di Ukraine.

    Namun, pengumuman tersebut tidak menyatakan dengan jelas tarikh, tempat atau masa bagi keenam-enam orang yang terbunuh itu.

    Kathmandu mendesak Moscow untuk menghentikan penggunaan tentera upahan Nepal dan menghantar pulang lelaki Nepal yang berkhidmat di Rusia ke tanah air. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...