Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Gamuda raih kontrak MRT RM1.77 bilion

    KUALA LUMPUR, 6 DIS – Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura menganugerahkan kontrak bernilai S$509.57 juta (RM1.77 bilion) kepada Gamuda Bhd Singapore Branch (GBSG) bagi mereka bentuk dan pembinaan stesen serta terowong West Coast.

    Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Gamuda Bhd berkata, Stesen West Coast merupakan sebahagian daripada Fasa 2 Cross Island Line (CRL2) sepanjang 15 kilometer (km), yang mempunyai enam stesen.

    Ia berkata CRL2 merupakan laluan transit berkapasiti tinggi kelapan Singapura dan Stesen West Coast akan dibina di sepanjang West Coast Road, dengan GBSB bertanggungjawab membina sebuah stesen bawah tanah dan dua terowong sepanjang kira-kira 1.9km.

    Syarikat itu berkata projek itu akan dimulakan pada suku pertama 2024 dan dijangka disiapkan pada 2032.

    “Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan Gamuda Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai, 2024,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...