Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jerayawara MINI kembali lagi

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Jerayawara MINI kini kembali lagi, kali ini dengan kerjasama anjuran MINI QAF Auto bersama Persatuan Sejahtera di OneRiverside bermula hari ini hingga Ahad.

    Acara tiga hari itu mengetengahkan tawaran istimewa akhir tahun untuk MINI tiga pintu dan lima pintu dalam varian enjin One dan Cooper S.

    Barisan kereta Mini Cooper yang dipamerkan adalah model warna ikonik iaitu The Red Chili, British Racing Green, Island Blue termasuk Zesty Yellow – palet warna terkini.

    Semasa acara itu, pendaftaran yang berjaya berpeluang mendapatkan tawaran eksklusif istimewa, termasuk kadar faedah menarik, waranti dan pakej servis lanjutan hingga lima tahun, road assist selama tiga tahun dan cermin gelap diluluskan oleh Jabatan Pengang-kutan Darat (JPD), di samping peluang memenangi pakej pelancongan ke destinasi seperti Seoul, Ho Chi Minh dan Kuala Lumpur.

    Sempena jerayawara berkenaan, Mini QAF Auto pada tahun ini juga bekerjasama dengan salah sebuah komuniti pertubuhan bukan kerajaan iaitu Persatuan Sejahtera bagi menyokong usaha mereka dalam menangani binatang liar seperti kucing dan anjing terbiar.
    Melalui usaha sokongan ini, ia akan dapat mewujudkan kesedaran dan menyumbang usaha Sejahtera dalam mencapai misi dan visi mereka dengan mengalu-alukan orang ramai menandatangani papan tanda Big Love.

    Setiap tanda tangan atau ikrar bernilai $1 yang akan disumbangkan terus kepada persatuan tersebut.

    Mini QAF Auto juga akan menyumbangkan $300 kepada Persatuan Sejahtera hasil daripada pembelian mana-mana barisan mini Cooper.

    Orang ramai dijemput mengunjungi petak Sejahtera untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha mereka.

    Pengunjung melihat lebih dekat model MINI yang dipamerkan semasa jerayawara tiga hari berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Alisa Khoo semasa menandatangani papan tanda Big Love sebagai sokongan kepada Persatuan Sejahtera dalam mencapai visi dan misi mereka. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...