Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    41 terima sumbangan di Joyful Garden

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Seramai 21 orang anak yatim dan 20 orang warga emas ibu tunggal yang tinggal di Kampung Subok telah menerima sumbangan di majlis yang berlangsung di Joyful Garden, Kampung Subok, hari ini.

    Hadir bagi menyampaikan sumbangan berupa keperluan asasi tersebut ialah Pemilik Joyful Garden, Lim Chee Khiong.

    Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat yang juga selaku Ketua Kampung Subok.

    Semasa ditemui pihak Media Permata, pemilik Joyful Garden mengongsikan tujuan acara tersebut diadakan yang mana antara lain bagi membantu golongan yang tertentu dan pada masa yang sama sebagai tanda kesyukuran dan memberi kembali kepada masyarakat di negara ini.

    Ia merupakan acara yang diadakan pada setiap tahun, namun tergendala pada beberapa tahun lepas akibat penularan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

    Taman Joyful Garden yang dibukakan untuk kunjungan ramai secara percuma tersebut merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk bersantai, berehat, menikmati suasana yang tenang dengan bunyi air tasik yang mengalir sambil melihat barang-barang tradisional yang dibawakan dari China.

    Ia juga merupakan sebagai salah satu cara bagi pemiliknya untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan penduduk kampung.

    Pemilik Joyful Garden semasa menyampaikan sumbangannya kepada salah seorang anak yatim.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...