Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Barca mudah tundukkan lawan

    CEUTA, SEPANYOL, 20 JAN – Barcelona menang 5-0 ke atas Ceuta untuk mara ke suku akhir Piala Sepanyol kelmarin, setelah memenangi trofi pertama musim ini minggu lalu.

    Robert Lewandowski menjaringkan dua gol, manakala Raphinha, Ansu Fati dan Franck Kessie turut menjaringkan gol untuk Barcelona, yang telah memenangi Piala Sepanyol dengan rekod 31 kali.

    Jurulatih Xavi Hernandez membuat beberapa penukaran yang juga tidak membantu, dengan hanya Lewandowski yang bermain dari pasukan yang memenangi Piala Super Sepanyol Ahad lalu.

    Pemain sayap Brazil dari Barcelona, Raphinha akhirnya memecah kebuntuan sebelum babak separuh masa pertama tamat apabila dia berjaya menjaringkan gol pertama.

    Lima minit separuh masa kedua Robert Lewandowski menggandakan pendahuluan Barcelona dengan bantuan Franck Kessie.

    Pemain gantian Ansu Fati menjaringkan gol ketiga dalam waktu 70 minit masa perlawanan.

    Penyerang Ceuta, Rodri mempunyai peluang untuk menjaringkan satu gol untuk pasukannya tetapi salah mengawal hantaran dan penjaga gol simpanan Barcelona, Inaki Pena, berjaya mendapatkan bola semula untuk Barcelona.

    Bekas pemain tengah AC Milan, Kessie menambah gol keempat Barcelona untuk melengkapkan persembahan mengagumkannya pada separuh masa kedua, manakala Lewandowski mencetak gol kelima untuk mengesahkan kemenangan itu. – AFP

    Aksi pemain Ceuta, Aisar Ahmed (Depan), berebut bola dengan Robert Lewandowski di stadium Alfonso Murube di Ceuta. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...