Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    43 pelajar SR NAR terima sumbangan makanan

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Seramai 43 orang pelajar Sekolah Rendah Nakhoda
    Abdul Rashid (SR NAR), Kampung Menunggol telah menerima sumbangan makanan daripada Kumpulan Infaq Ikhlas, peserta Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan ke-30 (EDPSGO-30), yang dijayakan bersama Syarikat Makan Ceria Sdn Bhd, kelmarin.

    Sumbangan tersebut merupakan salah satu aktiviti sampingan bagi Projek Jangkauan Masyarakat yang dilaksanakan oleh kumpulan tersebut untuk berkongsi kegembiraan bersama pelajar-pelajar di sekolah itu.

    Ia juga sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat antara kolaborasi kumpulan Infaq Ikhlas bersama Syarikat Makan Ceria.

    Kampung Menunggol dipilih sebagai destinasi bagi projek ‘Peningkatan Aktiviti Berkaitan Ekonomi dan Pelancongan di Kampung Menunggol’ berdasarkan keunikan kampung tersebut di mana terdapatnya tempat bersejarah dan menarik yang boleh diketengahkan dan diperkenalkan kepada orang ramai.

    Projek tersebut diungkayahkan dengan kerjasama beberapa pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta dengan matlamat untuk memperluaskan lagi rangkaian dan hubungan Majlis Perundingan Kampung Menunggol bersama pihak-pihak berkenaan.

    Gambar ramai para pelajar yang menerima sumbangan di Sekolah Rendah Nakhoda Abdul Rashid. – Gambar serahan Infaq Ikhlas
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...