Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    44 kakitangan Maktab Duli terima anugerah

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Seramai 44 orang kakitangan Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) telah menghadiri dan diraikan dalam Bengkel dan Anugerah Kakitangan Hebat (BAKH) yang berlangsung di Pusat Perkhidmatan Pembelajaran Pelajar (SLSC) pada 17 Oktober lalu.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian anugerah kepada para penerima ialah Ketua Bahagian Kaunseling, Kementerian Pendidikan, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.

    Turut hadir ialah Pengetua Maktab Duli, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad; Timbalan Pengetua Akademik, Dr Muhd Zamri bin Haji Ismail; Timbalan Pengetua Pentadbiran, Dayangku Zalina binti Pengiran Haji Aliuddin, guru-guru kanan, kaunselor maktab, guru-guru bahagian Hal Ehwal Pelajar serta kakitangan maktab yang diraikan.

    Pada acara itu, enam kategori telah dianugerahkan kepada kakitangan maktab iaitu Anugerah Kakitangan Berhemah, Anugerah Kakitangan Efisien, Anugerah Pasukan Harmoni, Anugerah Kakitangan Berintegriti, Anugerah Kakitangan Semangat Waja dan Anugerah Kakitangan Hebat.

    Pada acara itu, Haji Ali Yusri telah menyampaikan bicara profesional yang berbentuk motivasi dan semangat khasnya kepada kakitangan maktab yang bertujuan untuk membuka minda para kakitangan supaya lebih komited dan berintegriti dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab mereka.

    Majlis kemudian menyaksikan penyampaian anugerah kepada para penerima yang disempurnakan oleh Haji Ali Yusri.

    Anugerah Kakitangan Berhemah diterima oleh Dayang Zurifa binti Jumat, Anugerah Kakitangan Efisien dianugerahkan kepada Dayang Noor Atikah binti Sofry, Anugerah Pasukan Harmoni kepada Pasukan Perpustakaan, Anugerah Kakitangan Berintegriti kepada Dayang Siti Kartinawati binti Haji Abdul Kahar, Anugerah Kakitangan Semangat Waja kepada Dayang Sabariyah binti Haji Bakir serta Anugerah Kakitangan Hebat (Keseluruhan) kepada Dayang Nur Jamalina binti Jindin.

    Haji Ali Yusri bergambar ramai bersama penerima anugerah. – Gambar serahan Maktab Duli
    Haji Ali Yusri menyampaikan Anugerah Pasukan Harmoni. Gambar serahan Maktab Dulii

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...