Thursday, July 18, 2024
28.4 C
Brunei

    -

    5 anjing bomba diberi penghormatan

    ECUADOR, 22 MEI – Lima ekor anjing penyelamat telah diberi penghormatan oleh Jabatan Bomba Ecuador baru-baru ini dalam satu upacara persaraan rasmi untuk haiwan itu selepas tujuh tahun berkhidmat dan menyerahkannya kepada pemilik angkat baharu.

    Leftenan Kolonel Esteban Cardenas berkata anjing-anjing itu, Ares, Kratos, Zeus, Titan dan Gaia merupakan sebahagian daripada kelas pertama anjing yang digunakan oleh unit penyelamat jabatan itu, yang bekerja dengan anjing German shepherd dan golden retriever.

    Cardenas mengimbas kembali beberapa kejayaan haiwan itu, termasuk membantu mencari mangsa yang terselamat daripada gempa bumi dan tanah runtuh di seluruh Ecuador dan di luar negara, termasuk misi ke Mexico pada 2017.

    Beliau berkata laporan doktor haiwan telah mencadangkan bahawa sudah tiba masanya bagi kelima-lima anjing itu untuk bersara.

    “Hari ini bagi kami adalah hari yang penuh dengan perasaan yang bercampur baur. Kami benar-benar tidak mahu haiwan-haiwan itu pergi. Kami ingin ia tetap bersama kami dalam pasukan kami,” kata Cardenas.

    Pemilik baharu anjing itu dipilih dengan teliti selepas memenuhi beberapa keperluan, katanya.

    Pemilik baharu Gaia, Valeria Zevallos, berkata dia kagum dengan kerjaya haiwan peliharaan baharunya sebelum ini yang telah menyelamatkan nyawa.

    “Banyak pengembaraan menanti kami sekarang. Selepas pengembaraan kerjanya, pengembaraan keluarga,” katanya. – AP

    Anggota bomba menghadiri majlis persaraan untuk anjing penyalamat mereka pada 20 Mei di Quito, Ecuador. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 bas pelancong tergelincir, 15 cedera

    WELLINGTON, 18 JULAI - Dua buah bas yang membawa pelancong China tergelincir dari jalan yang sama dalam keadaan cuaca berbahaya di Pulau Selatan New...