Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    5 maut dalam nahas kereta di Kemboja

    PHNOM PENH, 8 FEB – Lima penduduk tempatan terbunuh kelmarin selepas kereta mereka secara tidak sengaja terbabas hingga merempuh pagar dan terbalik, kata seorang pegawai kanan polis wilayah.

    Nahas berlaku di Lebuhraya Phnom Penh-Sihanoukville di daerah Samraong Tong di wilayah Kampong Speu pada 6:44 pagi waktu tempatan (2344 GMT pada Selasa lalu) apabila sebuah kereta yang dipandu laju merempuh pagar penghadang di selekoh, kata Timbalan Ketua Polis wilayah, Tab Lon, yang menjaga lalu lintas jalan raya.

    “Seramai lima orang, termasuk seorang lelaki dan empat lagi wanita, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera,” katanya kepada Xinhua.

    “Memandu terlalu laju di selekoh dipersalahkan sebagai punca kemalangan maut ini,” kata Tab Lon. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...