Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lebih 26,000 veteran ATM terima bantuan sara hidup

    LABUAN, 8 FEB – Lebih 26,000 daripada 41,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM300.

    Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus berkata bantuan bulanan itu telah disalurkan sejak September tahun lepas.

    Katanya, penyaluran bantuan itu tertakluk kepada kriteria tertentu, menyasarkan mereka yang diklasifikasikan sebagai miskin tegar dan berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dengan pendapatan bulanan RM1,169 atau kurang.

    “JHEV mengakui kepentingan untuk menangani keperluan veteran ini,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan dialog dengan veteran ATM Labuan, balu dan wakil veteran di Menara Perbadanan Labuan di sini, hari ini.

    Beliau berkata JHEV sedang berbincang dengan kerajaan untuk melonggarkan terma dan syarat semasa, bagi menyokong usaha untuk menghulurkan bantuan kepada semua 41,000 veteran ATM tidak berpencen.

    Zambery berkata keseluruhan komuniti veteran ATM terdiri daripada lebih 168,000 individu di seluruh negara, termasuk 78,000 veteran tidak berpencen, balu dan tanggungan mereka. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...