Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lelongan barangan The Crown laris di UK

    LONDON, 8 FEB – Jualan set, pakaian dan alat peraga daripada drama Netflix popular The Crown di United Kingdom (UK) dijangka berakhir hari ini selepas beberapa barang pameran melebihi anggaran dan mencecah puluhan ribu pound.

    Ratusan barangan – daripada skrip yang ditandatangani hingga ke sebuah kereta sport – yang dipaparkan dalam pertunjukan yang memenangi anugerah itu mendapat perhatian dalam lelongan dua hari di London yang termasuk jualan langsung kelmarin.

    Jualan tersebut menyaksikan Jaguar XJ-SC Cabriolet hijau 1987, digunakan dalam The Crown untuk menggambarkan model serupa yang dimiliki oleh Puteri Diana, dengan harga AS$88,600 – harga jualan tertinggi pada lelongan yang diadakan oleh Bonhams.

    Jumlah itu empat kali ganda melebihi harga anggaran rendah yang ditetapkan oleh pelelong.

    Pengeluaran semula replika Gold State Coach, yang digunakan untuk pertabalan diraja British, jubli dan acara lain, yang dipaparkan dalam musim ketiga dan enam pertunjukan, dijual pada harga £56,280.

    Sementara itu pengeluaran semula kerusi Saint Edward, yang dikenali sebagai ‘Kerusi Pertabalan’ dan digunakan pada musim pertama, berharga £25,600.

    Tetapi replika bahagian hadapan 10 Downing Street, pejabat dan kediaman perdana menteri Britain, tidak mencapai harga anggaran £20,000-£30,000, dijual pada harga £10,880.

    Beberapa susunan kostum yang dipakai oleh ahli barisan pelakon The Crown turut menarik tawaran yang besar, terutamanya pakaian dan barang kemas Puteri Diana. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...