Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    5 maut, jambatan Guangzhou pecah dilanggar kapal laut

    BEIJING, 23 FEB – Lima orang maut selepas sebuah kapal laut kontena melanggar jambatan di daerah Nansha di Guangzhou, wilayah Guangdong, kelmarin, mengakibatkan sebahagian dek jambatan runtuh, menurut pihak berkuasa maritim tempatan.

    Operasi menyelamat sedang dijalankan berikutan kemalangan itu, kata Pentadbiran Keselamatan Maritim Guangzhou, sambil menambah bahawa ia telah menghantar enam penyelam dan beberapa kapal penyelamat ke lokasi untuk membantu usaha menyelamat.

    Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 5:30 pagi apabila sebuah kapal laut kontena yang tidak dimuatkan, dari daerah Nanhai di bandar Foshan menuju ke Nansha, yang terletak di muara Sungai Pearl, bertembung dengan jeti Jambatan Lixinsha ketika belayar melalui Laluan Air Hongqili, menyebabkan dek jambatan pecah.

    Pentadbiran Keselamatan Maritim Guangzhou berkata dua kenderaan terjunam ke dalam sungai dan tiga lagi jatuh ke atas kapal kontena. Seorang anak kapal cedera ringan.

    Selepas dilaporkan, jabatan berkaitan dan penyelamat profesional bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan sepenuhnya kerja menyelamat kecemasan dan mengarahkan lalu lintas tempatan.

    Kawalan trafik sementara telah dilaksanakan di bahagian navigasi dan permukaan jalan Jambatan Lixinsha, manakala kapal laut dan kenderaan yang lalu lalang dikehendaki membuat lencongan. – ANN/China Daily

    Jambatan Lixinsha yang pecah di daerah Nansha, Guangzhou, wilayah Guangdong, selepas dilanggar kapal, pada 22 Februari 2024. – ANN/China Daily
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...