Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    5 mayat ditemui selepas kemalangan Osprey

    TOKYO, 4 DIS – Pasukan penyelamat Amerika Syarikat (AS) dan Jepun telah menemui lima mayat hari ini berikutan kemalangan pesawat ketenteraan Osprey minggu lepas di perairan Jepun yang membawa lapan anggota kru, kata tentera AS.

    “Pada hari ini, pasukan bersama Jepun dan Amerika Syarikat… mencapai kemajuan apabila kapal permukaan dan pasukan menyelam mereka berjaya mengesan serpihan pesawat serta kerangka utama pesawat itu,” kata Angkatan Udara AS dalam satu kenyataan.

    “Pasukan penyelam berjaya mengesahkan lima anggota kru tambahan daripada lapan orang yang terlibat dalam kemalangan itu,” katanya.

    “Dua daripada lima orang anggota kru yang ditemui hari ini telah berjaya diselamatkan oleh pasukan yang ditugaskan. Usaha bersama masih dijalankan untuk mengeluarkan anggota kru yang masih berada bersama serpihan pesawat.”

    Beberapa jam selepas pesawat itu hilang pada 29 November berhampiran pulau Yakushima, pasukan pertama Jepun telah mengesan dan mengeluarkan korban pertama yang dikenalpasti daripada kemalangan pesawat CV-22 itu.

    Menerusi penemuan terkini, hasil daripada gabungan operasi pencarian berskala besar sejak kejadian itu bermaksud dua orang anggota kru pesawat masih lagi belum ditemui.

    Menurut penyiar awam Jepun NHK, merujuk kepada sumber tidak dikenali, berkata hari ini bahagian hadapan pesawat, termasuk kokpit, telah ditemui. – AFP

    Serpihan yang dipercayai daripada pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat CV-22B Osprey, yang terhempas dibawa naik ke darat di Pelabuhan Yakushima-cho, Kagoshima, pada 30 November 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...