Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Banjir ragut 47 nyawa, 85 cedera

    NAIROBI, 4 DIS – Sekurang-kurangnya 47 orang maut dan 85 lagi cedera berikutan banjir besar dan tanah runtuh di utara Tanzania, kata pihak berkuasa hari ini.

    Kerajaan telah mengerahkan tentera untuk membantu menyelamatkan ratusan mangsa yang terperangkap akibat banjir yang disifatkan sebagai yang terburuk dalam beberapa tahun di negara Afrika Timur itu.

    Banjir itu berlaku berhampiran Gunung Hanang di utara. Rumah, jalan raya dan jambatan telah musnah, menyukarkan usaha menyelamat yang sedang dijalankan.

    Presiden Samia Suluhu Hassan, yang menghadiri sidang kemuncak iklim Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Dubai, berkata beliau memendekkan perjalanannya untuk kembali ke Tanzania kerana tragedi itu.

    “Saya mengucapkan takziah kepada keluarga yang terjejas dan telah mengarahkan semua pasukan keselamatan kami untuk ditempatkan di kawasan itu dan membantu mereka yang terjejas,” katanya dalam satu mesej video.

    Negara-negara Afrika Timur yang lain termasuk Habsyah, Kenya, Somalia dan Sudan Selatan telah dilanda banjir besar yang diburukkan lagi oleh fenomena El Nino.

    Ratusan telah terkorban di seluruh wilayah negara itu dan jutaan telah kehilangan tempat tinggal sejak hujan lebat bermula pada akhir Oktober. – AP

    Fail foto yang diambil daripada video menunjukkan sebahagian jalan ditenggelami air di bandar Katesh, Tanzania, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...