Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Enam pelajar PTES sertai SYC

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS- Enam orang pelajar dari Pusat Tingkatan Enam Sengkurong (PTES) hari ini berlepas bagi menyertai Sunburst Youth Camp (SYC) yang diadakan di Kampus Akademi Seni Halus Nanyang, Republik Singapura dari 4 hingga 10 Disember.

    Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-sekolah telah menyelaraskan penyertaan pelajar yang terdiri daripada Awang Muhammad Syafizal bin Su’eif, Awang Mohd Adeeb Amsyah Aizuddin bin Haji Ajmaruddin, Awang Mohd Hasif Naqiuddin bin Mohd Ahsanul Azmi, Dayang Nur Qistina binti Bujang, Jasmine Pong Jing Wen dan Dayang Nurhanisah binti Muhammad Hannan @ Evelyn Farisha Han Fu Eng.

    Turut mengiringi delegasi ialah guru PTES, Pengiran Muhd Abdul Latif bin Pengiran Haji Hamzah dan Lim Hsiu Hui.

    Dalam sesi temu bual dengan Awang Muhammad Syafizal bin Su’ief, selaku ketua peserta, beliau berharap dengan adanya program ini akan meningkatkan lagi pengalaman dan pengetahuan pelajar.

    Peserta dalam program ini antaranya akan mengadakan persembahan termasuk menyanyi lagu tradisi budaya Brunei seperti Adok-Adok, Oh Kanak-kanak dan Pak Saloi.

    Kem ini merupakan penghimpunan para belia di seluruh Asia seperti Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam selama seminggu di Singapura.

    Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada para peserta berinteraksi antara satu sama lain, dengan harapan dapat menjalinkan persahabatan yang berkekalan dan juga untuk meningkatkan pemahaman yang lebih baik tentang sudut pandangan yang berbeza berdasarkan tema tahun ini, Legenda.

    Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan termasuk pembentangan poster di perpustakaan awam, menyediakan pameran kebudayaan dan legenda negara dan juga persembahan ringkas untuk majlis penutup.

    Selain itu, para peserta juga akan menyertai lawatan ke tempat-tempat menarik seperti Muzium ArtScience, Pulau Sentosa, VivoCity dan Lee Foundation Theatre.

    Gambar ramai pelajar yang menyertai Sunburst Youth Camp di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Awang Muhammad Syafizal semasa ditemu bual oleh media. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...