Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL – Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang nyaris menjadi mangsa serangan itu di bandar pelabuhan Karachi, Pakistan, hari ini, kata polis.

    Bagaimanapun, letupan mencederakan tiga orang yang berada di situ.

    Van itu sedang menuju ke kawasan perindustrian di mana lima warga Jepun itu bekerja di Suzuki Motors Pakistan, kata ketua polis tempatan, Arshad Awan.

    Beliau berkata polis yang mengiringi warga Jepun membalas tembakan selepas diserang, membunuh seorang rakan pengebom nekad di lokasi serangan itu.

    “Semua warga Jepun yang menjadi sasaran serangan itu selamat,” katanya.

    Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari dan Perdana Menteri, Shehbaz Sharif mengecam serangan ke atas warga Jepun itu. Dalam kenyataan berasingan, mereka memuji kejayaan polis, berikrar untuk menghapuskan keganasan dan berdoa agar mereka yang cedera segera pulih.

    Gambar dalam berita tempatan menunjukkan pegawai polis sedang memeriksa sebuah van yang rosak di lokasi kejadian. Awan berkata tiga pejalan kaki yang cedera berada dalam keadaan stabil di sebuah hospital.

    Polis mengiringi van itu selepas menerima laporan kemungkinan serangan ke atas warga asing yang bekerja di Pakistan, kata Tariq Mastoi, seorang pegawai kanan polis. Tindak balas yang tepat dan pantas daripada pihak berkuasa menggagalkan serangan itu, tambah beliau. – AFP

    Penyiasat dari Pakistan memeriksa sebuah van yang rosak di lokasi serangan berani mati di Karachi, Pakistan, Jumaat, 19 April, 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...