Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    AS bakal terima panda China

    BEIJING, 19 APRIL – San Francisco ialah bandar terbaharu Amerika Syarikat (AS) yang bersiap sedia untuk menerima sepasang panda dari China, sebagai kesinambungan daripada ‘diplomasi panda’ terkenal Beijing.

    Datuk Bandar San Francisco , London Breed mengumumkan pinjaman panda di Beijing hari ini, bersama pegawai dari Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China, atau CWCA.

    Ia akan menjadi kali pertama San Francisco menganjurkan haiwan kesayangan untuk jangka panjang – hasil daripada kempen advokasi selama setahun, kata Breed.

    China adalah rumah kepada satu-satunya habitat semula jadi untuk panda dan memiliki kebanyakan beruang hitam-putih di dunia.

    Beijing meminjamkan haiwan itu kepada negara lain sebagai alat diplomasi dan pemuliharaan hidupan liar.

    “San Francisco benar-benar teruja untuk mengalu-alukan panda gergasi ke Zoo San Francisco,” kata Breed selepas menandatangani surat hasrat untuk kerjasama antarabangsa mengenai pemuliharaan panda gergasi.

    Setiausaha Agung CWCA, Wu Minglu berkata persatuan itu akan bekerjasama dengan pegawai San Francisco untuk mempersiapkan kedatangan panda dan memastikan piawaian teknikal untuk pemuliharaan haiwan tersebut.

    “Kami menantikan sepasang panda gergasi berada di San Francisco pada 2025,” katanya. – AP

    London Breed (kiri) dan Wu Minglu, semasa majlis menandatangani perjanjian di Beijing kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...