Friday, May 3, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Pelan liberalisasi visa rancakkan ketibaan pelancong China, India

    BANGKOK, 19 APRIL – Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam Malaysia khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

    Beliau berkata kementeriannya telah memantau pelan itu sejak dilaksanakan Disember tahun lepas dan mendapati rekod ini amat mengalakkan dengan peningkatan sebanyak 861,000 orang untuk bulan Jan, Feb dan Mac.

    “Mengikut rekod pelancong di luar negara ASEAN, yang paling ramai masuk ke Malaysia adalah China dan India. Peningkatan ini akan menjana kepada unjuran nilai sebanyak RM6 bi-lion bagi semua rangkaian termasuk perhotelan, pengangkutan, restoran dan semua,” katanya dalam ucapan di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Menteri Dalam Negeri di sini malam tadi. Beliau berkata pelancongan merupakan sektor yang rancak dan perlu disokong dengan kemudahan-kemudahan yang baik untuk menyambut kehadiran yang ramai.

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) sememangnya kini ke arah face recognition atau barcode bagi memudah dan mengelakkan kesesakan di pintu sempadan. Adalah menjadi sasaran KDN untuk menyelesaikan keadaan di semua pintu masuk sempadan negara, dan sedang bergerak ke arah memudahkan, bukan lagi kekal dengan cara lama dan mengharapkan hasil lebih baik, tambahnya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba punca ratusan ribu ikan mati

    DONG NAI, 2 MEI - Beratus ribu ikan mati dalam takungan di wilayah Dong Nai di selatan Vietnam disebabkan oleh gelombang panas dan pengurusan...