Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    50 rakyat Filipina tinggalkan Sudan melalui jalan darat

    MANILA, 25 APRIL – Sebuah bas yang membawa kira-kira 50 rakyat Filipina telah pun meninggalkan Khartoum, ibu negara Sudan, menuju ke utara dekat dengan sempadan Mesir, kata jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) Filipina hari ini.

    “Sehingga 8 malam waktu Manila semalam, kumpulan pertama (kira-kira 50 rakyat) meninggalkan Khartoum melalui jalan darat,” kata jurucakap Teresita Daza, lapor Xinhua.

    Beliau berkata kumpulan itu kemudian akan dibawa ke Aswan City sebelum meneruskan perjalanan ke Kaherah, ibu negara Mesir.

    Timbalan Setiausaha Luar Filipina, Eduardo de Vega dalam satu wawancara dengan stesen radio hari ini berkata Kedutaan Filipina di Kaherah akan menyediakan penginapan dan tiket kapal terbang.

    De Vega berkata, terdapat kira-kira 700 rakyat Filipina di Sudan namun, hanya kira-kira 300 orang yang menyatakan hasrat untuk meninggalkan Sudan. – Bernama

    Penumpang-penumpang yang melarikan diri dari Sudan yang dilanda perang turun di stesen bas Wadi Karkar berhampiran bandar Aswan, Mesir, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda