Sunday, January 26, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    53 pelajar JIS raih Anugerah Pearson

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Berikutan keputusan IGCSE dan Peringkat A yang luar biasa dicapai oleh pelajar Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) pada tahun 2024, 53 pelajar telah dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Pearson yang berprestij.

    Anugerah Kecemerlangan Pearson disampaikan setiap tahun oleh Pendidikan Pearson kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang merentas pelbagai mata pelajaran dalam peperiksaan mereka. Untuk melayakkan diri, pelajar mesti memperoleh sekurang-kurangnya lima mata pelajaran gred 7 atau ke atas (bersamaan dengan gred A atau A*) dalam IGCSE, atau tiga mata pelajaran yang mendapat gred A atau ke atas pada Peringkat A.

    Bagi kategori Peringkat A, empat pelajar menerima Anugerah Kecemerlangan Pearson atas keputusan cemerlang mereka terdiri daripada Awang Muhammad Afiq bin Abdul Rahman, Nidhi Kulkarni, Synyee Yeo dan Yong Tsen Lim. Awang Muhammad Afiq ialah pelajar Kementerian Pendidikan di JIS dan kini merupakan Sultan’s Scholar yang mengikuti pengajian Matematik di University College London (UCL).

    Dalam kategori IGCSE, 49 pelajar menerima Anugerah Kecemerlangan Pearson. Dayang Rahmah Isa memperoleh anugerah kerana mencapai sembilan mata pelajaran dalam gred 7 atau ke atas dalam peperiksaannya.

    Pelajar-pelajar yang menerima anugerah untuk pencapaian mata pelajaran gred 7 ke atas juga terdiri daripada Isaac Chang, Dhanushan Chinniah, Isla Hallam, Awangku Abdul Hadi Raiyan bin Pengiran Dato Paduka Osman dan Claudie Teo.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan bergambar ramai bersama para penerima Anugerah Kecemerlangan Pearson yang lain, Nicholas Sheehan dan Pengarah Akademik JIS, Alex Cook. – GAMBAR SERAHAN JIS

    Pelajar yang mencapai tujuh mata pelajaran gred 7 ke atas termasuk Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Sai Ananya, Cherin Chikh-Ali, Imane Er-Rrahmani, Bertie Scott, Clare Lee, Mintong Li, Nigel Lim, Shin Khant Lin, Sara Ng, Muhammad Danish Luqman Saidin Hidayat, Lynn Tan, Jovan Tang dan Chloe Yung.

    Mereka yang mencapai enam mata pelajaran gred 7 ke atas pula terdiri daripada Ayden Zahari bin Abdul Hakeem, Soubhik Bandyopadhyay, Abdul Mateen El-Waliy bin Fakhruddin, Amber Goh, Ashley Lim, Syasya Ilyana Kiasatina binti Haji Mohamad Adnan, Muhammad Al Hakeem bin Haji Mohamad Sahraini, Jaey On, Camilia Ong, Duncan Schuller dan Adrienna Yeo. Para pelajar yang mencapai lima mata pelajaran gred 7 ke atas termasuk Md Wali bin Alidi, Allyshasha Rani Alymashrol, Dominic Christian, Muhammad Muazzam bin Haji Elmi, Md Ilyas bin Haji Ilham Rohaidi, Marissa Koh, Maryam Safwa binti Mazini, Awangku Umar bin Pengiran Md Fakhrul Amiruddin, Alisha Dhaniyah Md Azmi Yusran, Saarah Rania Nasrul Muhaimin, Spandita Nayak, Jessy Ng, Dayangku Aman Zarina binti Pengiran Izad-Ryan, Ian Sia, Toby Stevens, Travis Tan, Grace Taylor dan MihikaaVijay Shankar.

    Antara penerima Anugerah Kecemerlangan Pearson, beberapa pelajar terdiri daripada golongan pelajar biasiswa Kementerian Pendidikan di JIS. Pelajar-pelajar ini termasuklah Md Wali bin Alidi, Md Ilyas bin Haji Ilham Rohaidi, Allyshasha Rani Alymashrol, Maryam Safwa binti Mazini dan Muhammad Al Hakeem Haji Mohamad Sahraini.

    Pengetua Eksekutif JIS, Nicholas Sheehan mengulas bahawa jumlah cemerlang Anugerah Kecemerlangan Pearson yang diterima oleh pelajar JIS pada tahun ini adalah bukti kerja keras mereka.

    “Kami berbangga melihat ramai pelajar kami diiktiraf di pentas antarabangsa dan kami berharap untuk melihat bagaimana pencapaian ini akan membentuk kejayaan akademik dan peribadi masa depan mereka. Tahniah kepada semua penerima anugerah, keluarga mereka dan guru yang berdedikasi yang telah menyokong mereka sepanjang perjalanan,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda