Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Tidak ada kes jangkitan COVID-19 dilaporkan sembuh dan ini, menjadikan jumlah kes sembuh kekal seramai 212 orang dengan lapan kes aktif sedang dirawat serta tiga kematian.
Di samping itu, tiada kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan dan jumlah keseluruhan kekal 223 orang.
Kes terakhir jangkitan tempatan dilaporkan pada 6 Mei 2020 iaitu 354 hari yang lalu dan jumlah kes import sejak kes jangkitan tempatan terakhir dilaporkan ialah 82 kes.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, seramai 580 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori dan jumlah mereka yang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020 ialah seramai 17,191 orang.
Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 409 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 119,875 ujian.