Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    585 graduan LCB diraikan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Seramai 585 orang graduan dalam Kursus Perniagaan, Hospitaliti dan Pengkomputeran, Kolej Perdagangan Laksamana (LCB) telah diraikan dalam majlis tamat pengajian di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong. Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Natalie Gowers Barnes; Pro Naib Canselor University of Chester, Dr Chris Haslam; Ketua Pengarah KCB dan LCB, Ian Pirie; Pengarah LCB, Haji Suhaimei bin Haji Awang Besar dan Ketua Pegawai Operasi dan Timbalan Pengetua, Sivarajah Subramaniam.

    Majlis berkenaan turut meraikan seramai 178 orang graduan pengambilan ketiga program sarjana muda University of Chester yang telah menyelesaikan keseluruhan kursus di LCB. Program University of Chester tersebut terdiri daripada program Sarjana Muda Pengurusan, Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Pemasaran dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Sains Pengkomputeran.

    Daripada jumlah graduan berkenaan, sembilan orang telah mendapat ijazah Kelas Pertama iaitu seorang daripada Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Perakaunan dan Kewangan manakala itu, lapan lagi daripada Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Sains Pengkomputeran. Selain ini, LCB juga meraikan kumpulan pelajar pertama Sekolah Kuliner yang baharu dilancarkan. Pelajar-pelajar berkenaan telah menamatkan pengajian Sijil Peringkat 1 dalam Penyediaan Makanan dan Memasak yang dianugerahkan oleh City and Guilds.

    Secara keseluruhannya, seramai 585 pelajar telah menamatkan pengajian pada tahun ini, antaranya dalam bidang Sarjana Muda Sastera dalam Perakaunan dan Kewangan (37 orang), Sarjana Muda Sastera dalam Pengurusan Perniagaan (62), Sarjana Muda Sastera dan Pemasaran (14), Sarjana Muda Sains dalam Sains Pengkomputeran (65), Kursus Yayasan Universiti (63), Program KCB iaitu Diploma Tertinggi, Diploma Lanjutan, Diploma dan Pensijilan (23), Pearson BTEC Level 5 HND in Business (Accounting/Marketing) (48), Pearson BTEC Level 5 HND in Hospitality Management (15), Pearson BTEC Level 5 HND in Computing and Systems Development (53), Pearson BTEC Level 4 HNC in Computing and Systems Development (2), Pearson BTEC Level 3 Diploma in IT (30), Pearson BTEC Level 3 Diploma in Hospitality (8), Pearson BTEC Level 3 Diploma in Business (72), Pearson BTEC Level 2 Certificate in Business (74), dan City & Guilds Level 1 Certificate in Food Preparation and Cooking (19).

    Para graduan ketika bergambar bersama sijil mereka.
    Antara yang hadir pada majlis tamat pengajian LCB yang berlangsung kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda