Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 disenarai Alert List

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Enam individu, syarikat atau entiti telah dimasukkan ke dalam Alert List Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) bagi Oktober 2023.

    BDCB dalam kenyataannya menjelaskan Alert List BDCB adalah senarai individu, syarikat dan laman sesawang yang tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah kawalan BDCB atau mana-mana aktiviti yang menimbulkan kecurigaan akan berlaku aktiviti yang menyalahi undang-undang.

    Senarai itu, adalah tanpa prejudis kepada sebarang penilaian lanjut oleh BDCB mengenai aktiviti-aktiviti syarikat berkenaan.

    BDCB juga menyatakan Alert List yang telah dikemaskinikan boleh didapati di laman sesawang BDCB.

    Gambar Canva

    Pusat tersebut turut menasihatkan orang ramai supaya hanya berurusan dengan institusi-institusi kewangan yang berlesen dan sentiasa berwaspada terhadap entiti atau individu tidak berlesen yang menjalankan atau menawarkan perkhidmatan kewangan terutamanya yang berunsurkan skim cepat kaya dan skim piramid.

    Antara perkhidmatan kewangan di bawah bidang kuasa BDCB adalah penukaran wang, pengiriman wang dan pinjaman wang.

    Orang ramai juga diingatkan bahawa perlindungan di bawah rangka kerja penyeliaan BDCB tidak dapat diberikan kepada sesiapa yang memilih untuk berurusan dengan entiti, syarikat atau individu yang tidak dilesenkan atau dikawal selia.

    Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang BDCB, www.bdcb.gov.bn atau Instagram BDCB @centralbank.brunei untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai bahaya entiti kewangan tidak berlesen serta cara-cara mengenal pasti penipuan kewangan.

    BDCB akan terus mementingkan kestabilan kewangan di negara ini dan mengutamakan pelindungan sistem kewangan dan kepentingan pengguna kewangan.

    BDCB juga akan terus memantau sebarang aktiviti kewangan yang mencurigakan atau tidak berlesen di Negara Brunei Darussalam.

    Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai aktiviti tidak berlesen bolehlah menghubungi BDCB menerusi talian 2380007 atau 8380007 atau e-mel fci@bdcb.gov.bn.

    6 tersenarai ALERT LIST

    1. Alvin Chong (FB profile)
    2. Octa FX Sdn Bhd,
    3. Pelaburan Saham / Irdina binti Abu Bakar (FB profile) / +6011-23987028,
    4. Program_pelaburan_goldsaham (IG profile) (8977432),
    5. Richwell.bn (7308866) serta
    6. Pwbntrade_

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda