Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    6 jemaah umrah At-Taqwa Travel terima hadiah lumayan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Dua orang jemaah umrah bertuah memenangi pakej umrah sebagai hadiah utama cabutan bertuah yang diadakan semasa sesi Taklimat Umrah Syarikat At-Taqwa Travel di Dewan Bridex, Jerudong, kelmarin.
     
    Manakala itu, dua lagi jemaah bertuah membawa pulang hadiah kedua berupa baucar perjalanan bernilai $500 dan hadiah tempat ketiga berupa baucar perjalanan sebanyak $250 juga diberikan kepada dua orang jemaah.
     
    Cabutan bertuah yang diadakan bagi jemaah umrah yang menghadiri sesi taklimat itu adalah sebagai penghargaan dan sokongan terhadap syarikat berkenaan.
     
    Terdahulu itu, Pengarah Urusan Syarikat At-Taqwa Travel Tours, Pengiran Haji Mohamad Rosdimar bin Pengiran Haji Omaralli dalam ucapannya mengongsikan, seramai 580 jemaah telah mengikuti pakej umrah At-Taqwa untuk Disember ini dan ia adalah yang terbanyak berbanding Disember 2022 iaitu seramai 470 jemaah. 
     
    Antara lain objektif sesi taklimat tersebut adalah untuk mempersiapkan diri jemaah dari segi mental, fizikal dan rohani mengenai perkara berhubung dengan pengurusan ibadah umrah seterusnya berkongsi ilmu pengetahuan mengenai tatacara dan pengurusan.
     
    Sesi taklimat telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Syarikat, Pengiran Haji Mohammad Fakhrulrazi bin Pengiran Haji Omaralli manakala Manasiq Umrah dipimpin oleh Pensyarah Pusat Ilmu Teras Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr Haji Shahrol Azmi bin Haji Muluk.
     
    ATAS & BAWAH: Dua jemaah umrah bertuah yang memenangi hadiah utama cabutan bertuah semasa sesi taklimat tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI & AT-TAQWA
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI & AT-TAQWA
    Antara jemaah umrah Syarikat At-Taqwa Travel yang menghadiri taklimat tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI & AT-TAQWA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...