Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    6 terbunuh dalam nahas jalan raya di India

    NEW DELHI, 5 FEB – Enam orang terbunuh termasuk empat orang kanak-kanak selepas kereta yang dinaiki mereka terbalik lalu terjunam ke dalam parit di pinggir jalan Uttar Pradesh, pada malam Ahad lalu.

    Kecelakaan berlaku di daerah Kanpur, Uttar Pradesh, lapor Xinhua.

    Dua orang remaja yang cedera dalam kemalangan terbabit berjaya diselamatkan oleh penduduk setempat dan dimasukkan ke hospital berdekatan. Kesemua mangsa dilaporkan baru pulang dari menghadiri satu majlis di negeri Madhya Pradesh.

    Pelbagai kawasan di utara India berkabus pada waktu pagi sejak kebelakangan ini, menyebabkan jarak penglihatan terhad hingga menjejaskan perkhidmatan udara, kereta api dan lalu lintas. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...