Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kematian akibat kanser di Malaysia meningkat

    KUALA LUMPUR, 5 FEB – Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2023 menunjukkan kanser adalah punca kematian keempat tertinggi di Malaysia, menyaksikan peningkatan kepada 12.6 peratus pada 2022 berbanding 10.5 peratus bagi tahun sebelumnya.

    Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata berdasarkan Laporan Fakta Kesihatan Malaysia 2023, kanser juga adalah antara punca utama kematian di hospital swasta meliputi 26.44 peratus dan yang keempat di hospital Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu 9.29 peratus.

    “Kematian yang tinggi ini juga dapat dikaitkan dengan pengesanan penyakit di tahap yang lewat iaitu tahap III dan IV yang tinggi melebihi 60 peratus daripada keseluruhan kanser yang dilaporkan, berdasarkan laporan oleh Registri Kanser Malaysia,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata, data Registri Kanser Malaysia menunjukkan sejumlah 168,822 kes baharu telah dilaporkan bagi tempoh lima tahun bermula 2017 hingga 2021 manakala kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser limfoma dan kanser hati merekodkan kadar insiden tertinggi bagi tempoh berkenaan. – Bernama

    Dr Dzulkefly Ahmad ketika sidang media Majlis Perasmian Hari Kesedaran Kanser Hati sempena Hari Kanser Sedunia di Komune Living and Wellness, Cheras, pada 4 Februari. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...