Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    6,701 sudah divaksin, tiada kes jangkitan baharu

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Seramai 6,701 orang telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat kelmarin sejak kempen vaksinasi bermula pada 3 April lalu, manakala itu, tiada kes jangkitan baharu dicatatkan di Negara Brunei Darussalam setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal 221 orang.

    Sementara itu, satu kes sembuh telah dicatatkan pada hari ini, menjadikan kes yang aktif kepada 11 kes dengan kesemua kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan dalam keadaan yang baik, menurut kenyataan harian yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Kes terakhir jangkitan tempatan ialah pada 6 Mei 2020 (344 hari yang lalu), di mana jumlah kes import sejak kes jangkitan terakhir tempatan dilaporkan ialah sebanyak 80 kes.

    Kenyataan turut mengongsikan, seramai 532 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala seramai 16,732 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

    Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 122 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 117,619 ujian.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda