NEW DELHI, 26 MEI – Sekurang-kurangnya tujuh anak damit baru lahir maut dan lima lagi cedera apabila sebuah pusat penjagaan anak damit di kawasan Vivek Vihar, timur Delhi terbakat lewat malam kelmarin, seorang pegawai Perkhidmatan Bomba Delhi (DFS) mengesahkan perkara itu kepada Xinhua, hari ini.
Salah seorang yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan serius. Anak damit yang cedera telah dipindahkan ke hospital lain.
Kebakaran itu dilaporkan bermula selepas sebuah silinder oksigen meletup.
Tidak lama kemudian, asap tebal menyelubungi seluruh bangunan, menyebabkan kekecohan di dalamnya, kata seorang saksi.
Klip video menunjukkan anak damit baru lahir diselamatkan dan dibawa turun oleh pegawai DFS dengan bantuan tangga. – Bernama
