Sunday, October 13, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 maut selepas ribut landa Sao Paulo

    SAO PAULO, 13 OKT – Ribut yang melanda Sao Paulo di tenggara Brazil pada petang Jumaat mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh nyawa, kata agensi Pertahanan Awam kelmarin.

    Xinhua melaporkan seramai tiga maut akibat dinding runtuh di Bauru, manakala empat lagi terbunuh akibat pokok tumbang di Diadema, Cotia dan bandar Sao Paulo.

    Angin mencapai kelajuan sehingga 107.5 kilometer sejam di Sao Paulo, tertinggi sejak 1995, menyebabkan gangguan bekalan elektrik dan menjejaskan kira-kira 10 juta orang selama lebih 15 jam.

    Bekalan air di Sao Paulo dan bandar-bandar berdekatan termasuk Sao Bernardo do Campo, Cotia, Sao Caetano, Santo Andre dan Diadema turut terganggu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda