Saturday, January 4, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 tan kokain dalam kontena bawah tanah berjaya dirampas

    MADRID, 31 DIS – Pihak berkuasa Sepanyol kelmarin melaporkan bahawa mereka telah merampas tujuh tan kokain yang disembunyikan dalam kontena kargo laut yang dipasang di bawah sebuah ladang dan menahan tiga suspek penyeludup.

    Pasukan Polis Pengawal Sivil berkata, operasi tersebut dilancarkan pada Jumaat selepas mereka mengesan dua bot laju yang mencurigakan di Sungai Guadalquivir.

    Bot-bot tersebut diekori sehingga ke sebuah ladang di bandar Coria del Rio, selatan Seville, di mana suspek menyimpan dadah tersebut dalam dua kontena yang disembunyikan di bawah tanah.

    Pengawal Sivil berkata, itu adalah rampasan kokain terbesar yang diseludup ke selatan Sepanyol menggunakan bot laju.

    Mereka juga merampas tiga senjata, termasuk senapang serangan AK-47 dan dua kenderaan yang dicuri.

    Sepanyol adalah salah satu pintu masuk utama ke Eropah untuk penyeludup dadah antarabangsa berikutan kedudukannya yang dekat dengan Maghribi, pengeluar ganja utama, serta hubungan rapat dengan bekas jajahan di Amerika Latin. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda