Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    70 anak pokok ditanam

    TUTONG, 4 DIS – PTAS Aker Solutions dan Kumpulan PTAS telah bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan dan SPHIERE dalam menganjurkan Kempen Menanam Pokok 2023 bertempat di Hutan Simpan Sungai Penyatang di Tutong baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang diterima daripada PTAS Aker Solutions, sebanyak 70 anak pokok daripada tiga spesies telah ditanam, iaitu baru-baru, panaga laut dan ru laut. Kempen alam sekitar itu bertujuan mencapai sasaran pelepasan karbon bersih-sifar menjelang 2050.

    Selain itu, ia juga menetapkan sasaran untuk menanam 500,000 pokok menjelang 2035 sejajar dengan salah satu daripada 10 strategi utama Sekretariat Perubahan Iklim Brunei termasuk litupan hutan. Strategi itu bertujuan memastikan pemuliharaan sumber asli dan habitat negara dengan betul untuk generasi akan datang.

    PTAS Aker Solutions dan Kumpulan PTAS juga akan terus memantau 70 anak pokok selama setahun untuk memastikan semua anak pokok dijamin mempunyai 85 peratus peluang untuk hidup dan akan dijaga dengan baik oleh SPHIERE dan Jabatan Perhutanan.

    Selepas aktiviti penanaman pokok, satu jamuan minum petang dan pembelajaran turut diadakan untuk memberikan lebih kesedaran kepada kempen alam sekitar selain menyediakan peserta dengan maklumat latar belakang organisasi SPHIERE dan sasaran alam sekitar sebagai penyumbang utama ke arah memenuhi Wawasan Brunei 2035.

    Gambar ramai peserta yang mengambil bahagian dalam kempen menanam anak pokok di Hutan Simpan Sungai Penyatang, Tutong, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PTAS AKER SOLUTIONS
    Antara yang mengambil bahagian dalam kempen menanam anak pokok di Hutan Simpan Sungai Penyatang, Tutong, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PTAS AKER SOLUTIONS

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...