Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam menjelaskan maklumat rakaman audio dan teks yang disebarkan melalui media sosial mengenai situasi terkini kes COVID-19 di negara jiran Malaysia adalah tidak sahih.
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan maklumat terkini dengan mengikuti media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.
