Saturday, January 25, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    CNN umum pemotongan 200 kakitangan, fokus transformasi digital

    NEW YORK, 24 JAN – Saluran berita milik Warner Bros. Discovery, CNN, kelmarin mengumumkan pemotongan 200 kakitangan atau enam peratus daripada bahagian televisyen, sejajar usaha untuk menangani penurunan penonton dan langganan televisyen berbayar, selain meningkatkan pelaburan dalam operasi digitalnya.

    “Perubahan yang kami umumkan hari ini adalah sebahagian daripada respons berterusan oleh organisasi berita terkemuka ini terhadap perubahan ketara dalam cara penonton di Amerika mendapatkan berita,” kata Pengerusi CNN, Mark Thompson, dalam satu memo kepada kakitangan.

    Thompson memaklumkan bahawa syarikat induk, Warner Bros Discovery, telah memperuntukkan AS$70 juta untuk membangunkan produk digital baharu yang berasaskan langganan.

    Pelan transformasi tersebut termasuk pembangunan produk CNN terus kepada pengguna (direct-to-consumer).

    “Ini adalah peringkat awal, namun kami telah mendapati permintaan terhadap produk ini sangat tinggi, bukan sahaja di Amerika tetapi juga di seluruh dunia,” jelasnya.

    Menurut laporan Los Angeles Times, pemotongan tersebut telah dijangka memandangkan penilaian penonton CNN semakin menurun sejak 2021, manakala fenomena pemotongan kabel terus memberi kesan kepada sumber pendapatan daripada langganan televisyen berbayar. – Xinhua

    Papan tanda dilihat di Pusat CNN di Atlanta pada 21 April 2022. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda