Thursday, May 9, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Ericsson kurangkan 1,200 pekerja

    STOCKHOLM, 25 MAC – Gergasi peralatan telekomunikasi Sweden, Ericsson, hari ini berkata ia telah mengurangkan 1,200 kakitangan, atau 6.8 peratus daripada tenaga kerjanya di Sweden, kerana ia menghadapi pasaran yang ‘mencabar’ untuk rangkaian mudah alih.

    Syarikat itu berkata ia ‘menjangkakan pasaran rangkaian mudah alih yang mencabar pada 2024, dengan penguncupan volum selanjutnya apabila pelanggan kekal berhati-hati.’

    “Selaras dengan menguruskan jumlah yang lebih rendah, Ericsson hari ini mengumumkan cadangan pengurangan kakitangan di Sweden,” katanya dalam satu kenyataan.

    Ericsson berkata langkah itu adalah sebahagian daripada inisiatif global untuk mengurangkan kos, termasuk pengurangan kakitangan, memperkemas proses dan mengurangkan perunding, ‘sambil mengekalkan pelaburan yang penting kepada kepimpinan teknologi Ericsson.’

    Ericsson juga telah memulakan rundingan dengan kesatuan sekerja bagi ‘pengurangan jumlah pekerja kira-kira 1,200 di Sweden.’

    Menurut Ericsson, organisasi Sweden syarikat itu menggaji kira-kira 14,000 orang di semua kawasan perniagaan.

    Secara global, Ericsson mempunyai kira-kira 100,000 kakitangan.

    Ericsson mencatatkan kerugian yang besar pada 2023 akibat daripada penurunan nilai dan kos penstrukturan semula, dengan Januari lalu memberi amaran ia menjangkakan penurunan pasaran selanjutnya.

    Ericsson berkata ia mempunyai hutang 26.1 bilion kronor (AS$2.5 bilion) pada tahun lepas selepas memperoleh keuntungan 19 bilion kronor pada 2022. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...